Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita pecah masuk rumah lalu tukar kunci pintu, dakwa rumah miliknya

Seorang wanita ditahan polis selepas didapati memecah masuk sebuah rumah di San Diego, Amerika Syarikat pada Khamis (21 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita pecah masuk rumah lalu tukar kunci pintu, dakwa rumah miliknya

Gambar fail seseorang yang digari.

Diterbitkan : 23 Oct 2021 02:27PM Dikemas Kini : 23 Oct 2021 02:28PM

AMERIKA SYARIKAT: Seorang wanita ditahan polis selepas didapati memecah masuk sebuah rumah di San Diego, Amerika Syarikat pada Khamis (21 Okt).

Jabatan Polis Coronado dalam satu kenyataan menyatakan bahawa wanita berkenaan memecah masuk sebuah rumah lalu menukar kesemua kunci pintu dan mengaku rumah berkenaan adalah miliknya.

Pemilik sebenar rumah itu dikatakan sedang bercuti semasa kejadian itu berlaku.

Insiden itu disedari jiran pemilik sebenar rumah itu yang ternampak aktiviti mencurigakan di premis berkenaan lalu melaporkannya kepada polis.

Beberapa anggota polis serta unit K-9 yang dibantu oleh unit udara dikerahkan ke lokasi berkenaan dan mendapati kunci di pintu utama telah dirosakkan dan diganti dengan yang baru.

Selepas disiasat, suspek mendakwa rumah itu adalah miliknya dan dia sudah menukar kunci pintu rumah.

Namun, dia tidak dapat membuktikan bahawa dia adalah pemilik sebenar rumah itu.

Wanita itu kini ditahan reman dan akan didakwa atas kesalahan memecah masuk rumah.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan