Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita Palestin terbunuh, 2 warga Israel cedera dalam keganasan Tebing Barat

Seorang wanita Palestin dan dua warga Israel mengalami kecederaan serius dalam dua kejadian tembakan berasingan di Tebing Barat yang ditakluki pada Ahad (2 Mei), menurut pihak berkuasa Israel dan Palestin.

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita Palestin terbunuh, 2 warga Israel cedera dalam keganasan Tebing Barat

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 03 May 2021 12:23PM Dikemas Kini : 03 May 2021 12:24PM

NABLUS: Seorang wanita Palestin dan dua warga Israel mengalami kecederaan serius dalam dua kejadian tembakan berasingan di Tebing Barat yang ditakluki pada Ahad (2 Mei), menurut pihak berkuasa Israel dan Palestin.

Seorang anggota tentera Israel menembak seorang wanita Palestin yang cuba melakukan serangan tikaman, menurut pihak tentera. Para pegawai Palestin berkata wanita itu yang berusia 60 tahun, meninggal dunia kerana kecederaan yang dialami.

Pada hari yang sama kemudian, beberapa lelaki Palestin yang bersenjata melepaskan tembakan di satu persimpangan yang sibuk, menyebabkan kecederaan serius terhadap dua warga Israel.

Tentera Israel sedang mencari lelaki bersenjata itu yang melepaskan tembakan dekat sebuah petempatan Yahudi sebelum memandu pergi, menurut pihak tentera.

Ketegangan meningkat di Tebing Barat dan Baitulmakdis semasa bulan suci Ramadan.

Ketegangan memuncak apabila pertempuran berlaku selama beberapa hari dekat Kota Lama Baitulmakdis antara polis Israel dengan penduduk Palestin berhubung akses ke sebuah tempat pertemuan popular di waktu malam.

Tentera Israel menyatakan ia akan mengerahkan anggota tentera tambahan ke Tebing Barat menyusuli satu "penilaian situasi".

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan