Images
  • serangan israel gaza jul 18
    Gas pemedih mata dilancarkan ke arah penunjuk perasaan Palestin di selatan Gaza pada 20 Julai 2018. (Gambar: AFP)

Wanita Palestin ditembak mati Israel dalam bantahan di sempadan

BANDAR GAZA: Pasukan keselamatan Israel menembak mati seorang wanita Palestin di Bandar Gaza semasa ribuan warga Palestin mengadakan bantahan di pagar sempadan antara Israel dengan kawasan yang ditadbir Hamas.

Amal al-Taramsi, 43 tahun, ditembak mati di bahagian kepalanya. Lagi 25 warga Palestin cedera akibat terkena tembakan askar-askar Israel.

Menurut tentera Israel, kira-kira 13,000 penunjuk perasaan mengambil bahagian dalam bantahan sepanjang pagar sempadan tersebut. Ramai yang melontar batu dan bom api.

Tiga rakyat Palestin juga melompat pagar yang memisahkan Israel dengan Palestin tetapi kemudian kembali semula ke kawasan yang ditadbir Hamas. Sebagai tindak balas, pesawat Israel menyerang sebuah pos tentera Hamas.

Kejadian terbaru ini mungkin merumitkan usaha para diplomat Mesir merundingkan usaha mengekalkan gencatan senjata yang rapuh. Gencatan senjata pada November lalu, mengekang pertempuran antara Israel dengan Hamas. 

- AFP/AA/aq

Top