Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita minta cerai selepas suami lupa beli burger

Seorang wanita memfailkan tuntutan cerai semata-mata kerana suaminya terlupa membelikan makanan yang dipesan.

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita minta cerai selepas suami lupa beli burger

(Gambar hiasan: Alex Block/Unsplash)

Diterbitkan : 23 Feb 2019 11:34AM Dikemas Kini : 23 Feb 2019 11:37AM

ABU DHABI: Seorang wanita memfailkan tuntutan cerai semata-mata kerana suaminya terlupa membelikan makanan yang dipesan.

Wanita yang dipercayai berusia dalam lingkungan usia 20-an tahun itu dikatakan menunggu di rumah sementara suaminya meluangkan masa bersama rakan-rakan beliau, lapor Al Bayan.

Beliau sebelum itu memesan suaminya supaya membelikan burger dari sebuah restoran makanan segera.

Bagaimanapun, kerana terlalu asyik 'melepak' bersama teman-teman, suaminya pulang pada jam 3.00 pagi, tanpa membawa pulang pesanan si isteri. Khaleej Times melaporkan bahawa mereka bergaduh sehingga wanita tersebut memutuskan untuk meninggalkan rumah.

Peguam Hasan Al Mazrooqi memberitahu laman tersebut bahawa pasangan-pasangan masa kini perlulah dididik supaya tidak menetapkan jangkaan yang tidak munasabah dalam perkahwinan.

Bersikap realistik akan dapat membendung masalah terlalu ramai pasangan yang masuk mahkamah untuk menghuraikan masalah rumahtangga, katanya.

"Undang-undang menetapkan bahawa sekiranya tiada sebarang unsur penganiayaan dalam rumahtangga, pasangan akan dirujuk kepada seorang peguam yang akan membantu mereka untuk menghuraikan masalah. Jika isteri tetap ingin memfailkan tuntutan cerai, beliau tidak akan berhak mendapatkan nafkah selepas bercerai." 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan