Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita maut tertimbus tanah runtuh di Cameron Highlands

Seorang wanita tempatan maut akibat tertimbus dalam insiden tanah runtuh yang melanda rumahnya di Sungai Palas di Cameron Highlands hari ini (16 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita maut tertimbus tanah runtuh di Cameron Highlands

(Gambar: Bomba melalui BERNAMA)

Diterbitkan : 16 Sep 2021 10:10PM Dikemas Kini : 16 Sep 2021 10:11PM

CAMERON HIGHLANDS: Seorang wanita tempatan maut akibat tertimbus dalam insiden tanah runtuh yang melanda rumahnya di Sungai Palas di Cameron Highlands hari ini (16 Sep).

Ketua Zon 3, Penguasa Bomba Shahrul Nizam Nasir berkata K.Vijaya, 59 tahun, ditemui anggota pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cameron Highlands pada 5.41 petang.

"Semasa kejadian, terdapat empat orang di dalam rumah tersebut. Seorang wanita tertimbus dan jengkaut digunakan untuk mengeluarkan mangsa.

"Sementara itu, seorang anak perempuannya berusia 29 tahun mengalami kecederaan disebabkan insiden berkenaan manakala suami mangsa dan seorang lagi anak perempuannya berjaya menyelamatkan diri," menurutnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata hujan lebat kira-kira dua jam sebelum kejadian menyebabkan berlaku pergerakan tanah di bahagian atas sehingga mengakibatkan sebahagian rumah mangsa roboh dan dihanyutkan air. 

Encik Shahrul menambah seramai 13 anggota daripada BBP Cameron Highlands dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 3.30 petang.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan