Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita M'sia berkahwin kapten pasukan hoki India dipelawa bertemu Sultan Johor

Siasatan secara menyeluruh Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) mendapati Cik Illi Najwa Anuar Hussein Saddique yang berkahwin dengan kapten hoki pasukan India, Manpreet Singh Pawar pada tahun lepas, masih beragama Islam.

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita M'sia berkahwin kapten pasukan hoki India dipelawa bertemu Sultan Johor

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 18 Mar 2021 02:56PM Dikemas Kini : 18 Mar 2021 02:58PM

JOHOR BAHRU: Siasatan secara menyeluruh Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) mendapati Cik Illi Najwa Anuar Hussein Saddique yang berkahwin dengan kapten hoki pasukan India, Manpreet Singh Pawar pada tahun lepas, masih beragama Islam.

Mufti Johor Yahya Ahmad berkata pihaknya sudah memanggil Cik Illi Najwa bersama ibunya serta beberapa saksi lain untuk diambil keterangan.

Beliau berkata pendaftaran perkahwinan pasangan itu di Johor Bahru juga kini dalam proses.

“Hasil siasatan mendapati Cik Illi Najwa tidak pernah keluar dari Islam, malah pada hari ini beliau (Illi Najwa) juga hadir bersama kami untuk menghadap baginda Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

“Tiada ada apa-apa masalah untuk didaftarkan perkahwinan mereka dan isu ini juga sudah selesai," katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik ke laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim hari ini (18 Mac).

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Cik Illi Najwa di Istana Bukit Pelangi hari ini yang turut disertai Encik Yahya dan Pengarah JAINJ, Encik Md Rofiki Shamsudin.

Pada pertemuan itu, Encik Yahya mempersembahkan hasil siasatan JAINJ berhubung status perkahwinan dan keagamaan pasangan tersebut.

Ini selepas Sultan Johor mengarahkan JAINJ dan Jabatan Mufti Johor pada Disember lalu untuk menyiasat status terkini agama wanita berkenaan bersama pasangannya.

Sebagai Ketua Agama Islam Johor, Sultan Ibrahim bertanggungjawab memelihara kedudukan Islam supaya sentiasa terpelihara dan dipandang mulia, selari dengan Perkara 57 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 dan Perkara 3 Perlembagaan.

Disember lalu, pasangan itu melangsungkan perkawinan mereka di kampung halaman Manpreet di Punjab, India. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan