Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita ketiga dakwa dirogol oleh Tariq Ramadan

 Wanita ketiga menuduh cendekiawan Islam, Tariq Ramadan merogolnya, sebulan selepas dia ditahan reman setelah didakwa menyerang dua wanita, demikian menurut sumber-sumber kehakiman kepada AFP semalam (7 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita ketiga dakwa dirogol oleh Tariq Ramadan

Gambar fail Tariq Ramadan. (Gambar: REUTERS/Stephane Mahe/File Photo)

Diterbitkan : 08 Mar 2018 08:48AM Dikemas Kini : 08 Mar 2018 08:52AM

PARIS: Wanita ketiga menuduh cendekiawan Islam, Tariq Ramadan merogolnya, sebulan selepas dia ditahan reman setelah didakwa menyerang dua wanita, demikian menurut sumber-sumber kehakiman kepada AFP semalam (7 Mac).

Wanita Muslim Perancis yang mahu namanya dirahsiakan dan sebaliknya menggunakan nama samaran “Marie” mendakwa bahawa beliau dirogol berkali-kali di Perancis, Brussels dan London antara 2013 dengan 2014.

“Saya terpaksa mengikut perintahnya sepanjang 24 jam sehari, melakukan apa sahaja yang disuruhnya, mengambil gambar dalam pelbagai posisi, melutut untuk meminta maaf, memanggilnya ‘tuan’,” kata wanita itu kepada radio Europe 1.

“Pada awalnya, terdapat rasa (cinta), jika tidak, saya tidak akan berjumpa dengannya,” tambahnya. “Saya sebelum ini sukar meluahkan perkataan: rogol. Hari ini, saya boleh melafazkannya.”

Menurut satu sumber kehakiman: “’Marie’ cuba sedaya upaya untuk melepaskan dirinya daripada pengaruh Encik Ramadan yang tidak berhenti mengugutnya,” bagi tempoh antara Februari 2013 dengan Jun 2014.

Ramadan, seorang penceramah di televisyen dan profesor di Universiti Oxford dan cucu kepada pengasas gerakan Ikhwanul Muslimin, ditahan pada 2 Februari lalu atas tuduhan merogol dua wanita Muslim di Perancis yang dinafikannya.

Ramadan masih ditahan kerana pihak berkuasa Perancis berpendapat bahawa dia mungkin melarikan diri.

Sumber : AFP/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan