Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita kerap warna dan luruskan rambut berdepan risiko barah payudara

 Tahukah anda, golongan wanita terutamanya yang selalu menggunakan bahan pewarna atau meluruskan rambut bakal berdepan dengan risiko penyakit barah payudara?

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita kerap warna dan luruskan rambut berdepan risiko barah payudara

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 13 Dec 2019 08:41AM Dikemas Kini : 13 Dec 2019 08:46AM

WASHINGTON: Tahukah anda, golongan wanita terutamanya yang selalu menggunakan bahan pewarna atau meluruskan rambut bakal berdepan dengan risiko penyakit barah payudara?

Satu kajian di Institut Kesihatan Nasional, Amerika Syarikat mendapati golongan wanita yang dilaporkan menggunakan pewarna rambut secara tetap berdepan dengan risiko penyakit barah lebih sembilan peratus berbanding mereka yang tidak menggunakannya.

Manakala golongan wanita yang menggunakan bahan meluruskan rambut selama lima hingga lapan minggu berdepan risiko penyakit barah lebih tinggI sebanyak 30 peratus.

Menurut kajian itu lagi, lebih 5,000 bahan kimia digunakan dalam satu produk pewarna rambut.

Para pengkaji memberi amaran bahawa bahan kimia tersebut boleh menyerap ke bahagian kulit kepala.

Kajian juga mendedahkan, golongan wanita hanya boleh mengurangkan risiko penyakit barah payudara ini dengan mengurangkan penggunaan bahan-bahan kimia tersebut.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan