Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita kehilangan RM29,000 selepas jual baju kurung online

Seorang wanita di negeri Pahang kehilangan hampir RM29,000 (S$9,600) akibat satu penipuan online selepas beliau cuba menjual sepasang baju kurung melalui laman beli-belah popular.

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita kehilangan RM29,000 selepas jual baju kurung online

(Gambar: Tim Wimborne/Reuters)

Diterbitkan : 28 Sep 2018 11:15AM Dikemas Kini : 28 Sep 2018 11:19AM

KUANTAN: Seorang wanita di negeri Pahang kehilangan hampir RM29,000 (S$9,600) akibat satu penipuan online selepas beliau cuba menjual sepasang baju kurung melalui laman beli-belah popular.

Menurut pihak berkuasa yang menyiasat insiden itu, wanita berusia 21 tahun itu meletakkan iklan pada Selasa (25 Sep) bagi menjual pakaian itu pada harga RM120 (S$39).

Beliau kemudian dihubungi oleh seorang individu yang melahirkan minat untuk membeli baju kurung tersebut.

Mangsa kemudian memberikan butiran akaun banknya kepada suspek untuk tujuan pembayaran, kata ketua jabatan siasatan jenayah komersial Superintenden Mohd Wazir Mohd Yusof.

"Bagaimanapun, selepas mendakwa sudah membuat pembayaran, suspek meminta mangsa membuat beberapa pemindahan dana untuk mendapatkan RM120 (S$39), kerana kononnya dia berada di luar negeri," katanya dalam satu kenyataan kepada media.

"Mangsa kemudian membuat lima urus niaga yang melibatkan pembayaran berjumlah RM28,980 (S$9,600) ke akaun yang diberikan."

Beliau kemudian menyedari bahawa dirnya sudah ditipu apabila tidak menerima bayaran yang dijanjikan bagi baju kurung tersebut, dan membuat aduan di ibu pejabat polis daerah Kuantan pada Rabu (26 Sep).

Kes itu disiasat mengikut Kanun Keseksaan atas tuduhan menipu, kata Encik Mohd Wazir.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan