Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita Jepun sibuk bekerja, tiada masa untuk bercinta

Kira-kira 60 peratus wanita bujang di Jepun enggan memulakan hubungan cinta, disebabkan beban kerja yang semakin meningkat.

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita Jepun sibuk bekerja, tiada masa untuk bercinta

Gambar fail wanita di Jepun. (Gambar: CREDITTORU YAMANAKA / AFP)

Diterbitkan : 04 Dec 2017 02:40PM Dikemas Kini : 04 Dec 2017 02:47PM

TOKYO: Kira-kira 60 peratus wanita bujang di Jepun enggan memulakan hubungan cinta, disebabkan beban kerja yang semakin meningkat, lapor The Japan Times, memetik tinjauan cocoloni.jp, sebuah agensi khidmat nasihat online.

Agensi berita Xinhua melaporkan, golongan wanita di negara itu sekarang berdepan beban kerja sama seperti kaum lelaki. Faktor penat menjadikan wanita lebih memilih untuk berehat sambil menonton drama selepas waktu bekerja daripada pergi keluar 'dating'. 

Cinta di pejabat tidak lagi menarik dan janji temu dengan seseorang yang tidak dikenali, dianggap sebagai satu tekanan dan membosankan, kerana jarang mendatangkan hasil memuaskan.

Hasil tinjauan juga mendapati, satu daripada empat wanita mengakui seringkali tertidur semasa berdating disebabkan keletihan. 

Satu lagi laman web temu janji online, Lovely Media menyatakan, semakin ramai wanita enggan pergi janji temu kerana beranggapan ia sesuatu yang membuang masa. 

Menurut The Japan Times, jika mengimbau pada 1980-an, lebih 60 peratus golongan muda berusia 20-an di Jepun sudah menjalinkan hubungan, sedangkan pada hari ini kumpulan itu menjadi minoriti.

"Waktu kerja lebih pendek, jaminan cuti bersalin serta bapa, dan pengurangan suasana yang tidak berapa memberangsangkan, dilihat masih jauh untuk membantu wanita lebih memikirkan soal cinta," menurut laporan itu.

Sumber : Agensi berita/BERNAMA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan