Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita jadi buta selepas pakai kanta lekap semasa berenang

Seorang wanita hampir menjadi buta selepas menggunakan kanta lekap semasa berenang di sebuah kolam renang hotel.

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita jadi buta selepas pakai kanta lekap semasa berenang

Gambar fail kanta lekap. (Gambar: Jurnal Perubatan Britain)

Diterbitkan : 18 Sep 2018 03:05PM Dikemas Kini : 18 Sep 2018 03:13PM

SCOTLAND: Seorang wanita hampir menjadi buta selepas menggunakan kanta lekap semasa berenang di sebuah kolam renang hotel.

Emma Jenkins, 39 tahun, memberitahu Daily Mail bahawa beliau ingin berkongsi cerita ini kerana yakin ramai yang tidak tahu akan bahaya menggunakan kanta lekap semasa berenang.

Pada 2013, Emma bercuti bersama keluarganya di Scotland. Ibu kepada dua orang anak itu memakai kanta lekap supaya dapat melihat dengan jelas sepanjang meluangkan masa bersama keluarga ketika itu.

“Saya tidak tahu sama sekali tentang bahaya menggunakan kanta lekap dalam kolam renang,” kata Emma.

Daily Mail difahamkan wanita itu hanya berenang selama 20 minit. Beliau kemudian membuka kanta lekap kerana mula merasakan iritasi pada mata kirinya.

Memakai kanta lekap boleh menyebabkan bakteria menumpuk di dalam mata sehingga berlaku jangkitan teruk, lapor Daily Mail.

Bagi Emma, beliau mengalami sakit kepala dan penglihatannya semakin kabur. Keadaannya memburuk sehingga beliau tidak boleh membuka matanya.

Tidak ingin membuat keluarganya bersedih semasa sedang bercuti, Emma hanya bertemu dengan doktor selepas mereka pulang daripada percutian mereka.

Malangnya, hanya tiga hari selepas berjumpa doktor buat kali pertama, Emma kehilangan daya penglihatannya kerana bakteria kecil menyebabkan ulser dahsyat yang merosakkan korneanya.

“Ia benar-benar menakutkan. Saya hanya berenang selama 20 minit, tetapi saya kehilangan mata saya selepas itu,” kata Cik Emma.

“Ulser itu begitu besar sehingga ia menutupi seluruh mata hitam saya.”

Para doktor cuba sedaya upaya untuk membantu Emma sepanjang beliau dimasukkan ke hospital selama lima hari.

“Setiap jam, mereka akan beri saya ubat titis mata untuk cuba menyelamatkan mata saya. Tetapi ia tidak membuahkan hasil,” ujar Cik Emma.

Hanya tiga tahun kemudian, Emma menerima berita baik bahawa beliau seorang penerima sesuai bagi pemindahan kornea.

Dalam prosedur itu, tisu mata beliau yang rosak digantikan dengan tisu baru daripada penderma bagi membantu mengembalikan daya penglihatan beliau.  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan