Images
  • arowana
    Gambar: Media sosial menerusi Malay Mail

Wanita ini goreng ikan arowana peliharaan suami setelah tangkinya tidak dibersihkan

KUALA LUMPUR: Akibat si suami tidak kotakan janji untuk bersihkan tangki ikan, seorang wanita Indonesia memutuskan untuk menggoreng ikan arowana yang dipelihara.

Wanita itu, yang dikenali dengan nama pengguna miakurniawan01 di TikTok, kongsikan klip 20 saat menunjukkan dirinya membuang sisik ikan tersebut dan menggorengnya.

Dalam video itu, Mia menjelaskan dia sudah menyuruh suaminya membersihkan tangki ikan tersebut namun permintaannya tidak diambil endah.

Oleh kerana tidak lagi tahan melihat akuarium kotor itu, wanita berkenaan sendiri cuba membersihkannya.

Malangnya, ikan Arowana itu jatuh sakit dalam proses tersebut. Daripada mengepam bangkai ikan tesebut dalam tandas atau menanamnya, Mia mengambil keputusan memanfaatkan keadaan itu dan menjadikannya hidangan yang enak.

Catatan Mia di TikTok ditonton lebih enam juta kali sejak dimuat naik pada Sabtu (9 Okt), dengan ramai pengguna media sosial terkejut.

"Saudara lelaki saya nangis melihat ini," komen seorang pengguna abcdefghaii.

“Ini ikan goreng termahal," kata pengguna davicahya29 pula.

Dalam satu catatan lain Mia menjawab bahawa suaminya sedih pada awalnya namun akhirnya dapat tertawa.

- AFP/TQ/sm

Top