Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita hamil gigit zakar perogolnya yang kini diburu polis walau "cedera parah"

Seorang wanita di Afrika Selatan menggigit zakar seorang lelaki yang merogol beliau di depan mata anaknya yang berusia lima tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita hamil gigit zakar perogolnya yang kini diburu polis walau "cedera parah"

Bandar White River. (Gambar: Google street view)

Diterbitkan : 10 Jan 2018 10:58PM Dikemas Kini : 10 Jan 2018 11:01PM

JOHANNESBURG: Seorang wanita di Afrika Selatan menggigit zakar seorang lelaki yang merogol beliau di depan mata anaknya yang berusia lima tahun.

Demikian menurut polis hari ini (10 Jan) sedang mereka memburu penyerang yang "cedera parah" itu.

Wanita yang sedang hamil itu dan seorang anaknya ditumpangkan menaiki kereta oleh dua lelaki di timur laut wilayah Mpumalanga pada Isnin (8 Jan). Kedua-dua lelaki berkenaan kemudian mengacukan pistol ke arah beliau dan memandu kereta mereka ke kawasan semak.

"Salah seorang daripada mereka mengacukan pisau sambil merogol wanita itu di depan anaknya," menurut kenyataan polis Mpumalanga.

"Semasa proses tersebut, wanita itu berupaya menggigit zakar lelaki berkenaan yang kemudian melarikan diri," tambah kenyataan itu lagi.

Polis turut menghubungi beberapa klinik di kawasan itu untuk mengetahui sama ada mereka ada merawat seorang lelaki yang zakarnya "cedera parah", namun tidak putus.

Wanita itu, yang sedang hamil tiga bulan, diserang di luar bandar kecil, White River.

Lebih 100 kes rogol diadukan kepada polis setiap hari di Afrika Selatan, meskipun jumlahnya dipercayai jauh lebih tinggi.

Polis sering dituduh tidak menjalankan siasatan mencukupi ke atas insiden yang didakwa rogol dan gagal melayan mangsa dengan betul.

Kebanyakan individu yang dikatakan penyerang tidak didakwa di mahkamah dan kadar sabitan bagi kes rogol kurang 10 peratus, menurut satu tinjauan bebas.

Sumber : AFP/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan