Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita hamil 7 bulan cemas rumah dirempuh kapal tunda

Seorang suri rumah yang mengandung tujuh bulan berdepan detik cemas apabila rumah yang didiaminya di tepi Sungai Batang Igan, Sibu, dirempuh sebuah kapal tunda.

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita hamil 7 bulan cemas rumah dirempuh kapal tunda

(Petikan video: Facebook/BERNAMA)

Diterbitkan : 18 Oct 2019 08:55PM Dikemas Kini : 18 Oct 2019 09:05PM

SIBU: Seorang suri rumah yang mengandung tujuh bulan berdepan detik cemas apabila rumah yang didiaminya di tepi Sungai Batang Igan, Sibu, dirempuh sebuah kapal tunda.

Suami wanita itu, Abdul Razak Ayat, 52, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 pagi tadi (18 Okt) ketika isterinya berada di dalam bilik air dan bergegas keluar setelah terdengar jeritan jiran-jirannya.

"Semasa kejadian hanya isteri berada di rumah, saya keluar bekerja manakala dua anak bersekolah,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Encik Abdul Razak yang merupakan seorang pekerja swasta berkata, rumah yang didiami mereka sekeluarga itu adalah rumah sewa.

Katanya, akibat rempuhan kapal tersebut, keadaan rumah itu rosak dan senget serta tidak lagi selamat untuk didiami.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) Sibu berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu, Supt Wong Chee Kiong ketika dihubungi memaklumkan pihaknya belum menerima laporan lengkap kejadian itu.

Astro Awani melaporkan Supt Wong sebagai berkata: “Siasatan awal pihak polis di tempat kejadian mendapati rumah pengadu yang dibina di atas sungai berada dalam keadaan condong dan hampir runtuh disebabkan rempuhan kapal tongkang berkenaan.

"Siasatan juga mendapati kapal tersebut telah didaftarkan atas nama Phenomenal dan berdasarkan maklumat daripada sumber lain, kapal tersebut mengalami kerosakan dan hanyut tidak dapat dikawal," tambah beliau.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan