Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita ditembak mati di Northern Ireland dalam 'insiden pengganas'

Seorang wanita ditembak mati semasa satu rusuhan di bandar Londonderry di Northern Ireland dan pembunuhan itu disifatkan sebagai insiden pengganas. 

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita ditembak mati di Northern Ireland dalam 'insiden pengganas'

Seorang wanita ditembak mati semasa satu rusuhan. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 19 Apr 2019 01:37PM Dikemas Kini : 19 Apr 2019 01:44PM

LONDON: Seorang wanita ditembak mati semasa satu rusuhan di bandar Londonderry di Northern Ireland dan pembunuhan itu disifatkan sebagai insiden pengganas. Demikian menurut polis pada Jumaat (19 Apr), menyusuli keganasan yang semakin meningkat di wilayah yang serba tidak menentu itu.

Meskipun identiti wanita itu belum dikenal pasti secara rasmi, beberapa wartawan mendedahkannya sebagai Lyra McKee. Beliau adalah seorang wartawan, yang sebelum ini memuat naik petikan gambar yang menunjukkan rusuhan di bandar itu. Beliau yang juga dikenali sebagai Derry, meletakkan kapsyen "Derry malam ini. Keadaan gila."

Gambar-gambar pergolakan yang dimuat naik ke media sosial menunjukkan sebuah kereta dan van yang dibakar dan para individu yang melontar bom-bom petrol dan mercun ke arah kenderaan polis.

"Dengan dukacita, saya mengesahkan bahawa tembakan-tembakan di Creggan sudah membunuh seorang wanita berusia 29 tahun," menurut Penolong Ketua Konstabel Mark Hamilton dalam kenyataannya di Twitter.

"Kami menganggap insiden ini sebagai serangan pengganas dan kami sudah melancarkan siasatan pembunuhan."

"Masih belum jelas siapakah yang melepaskan tembakan-tembakan yang membunuh wanita itu, tetapi seorang ahli politik parti Republican menyalahkan "para pemberontak".

Wartawan Matthew Hughes mengenal pasti wanita yang maut itu sebagai salah seorang kawannya, Cik Mckee.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan