Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita ditangkap polis kerana pukul ibu dengan mangga pintu

Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kejadian memukul ibunya di rumah mereka Jumaat lalu (15 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita ditangkap polis kerana pukul ibu dengan mangga pintu

Gambar fail seseorang digari. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 19 Dec 2017 11:39PM Dikemas Kini : 19 Dec 2017 11:41PM

GEORGE TOWN: Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kejadian memukul ibunya di rumah mereka Jumaat lalu (15 Dis).

Ketua Polis Tempatan ACP Anuar Omar berkata wanita berusia 21 tahun yang tidak bekerja itu ditahan di Bayan Lepas kira-kira pukul 1.30 tengah hari semalam (18 Dis).

"Dalam kejadian kira-kira pukul 8.00 pagi, mangsa berusia 48 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan berada di rumah mereka di Relau sebelum didatangi suspek serta teman lelakinya.

"Wanita itu tidak membenarkan mereka masuk ke dalam rumah dan berlaku pertengkaran mulut antara mereka sebelum suspek dan teman lelakinya bertindak memukul pengawal keselamatan berkenaan menggunakan mangga pintu," katanya.

Beliau menambah, semasa kejadian tiada sesiapa di rumah dan suspek serta teman lelakinya meninggalkan wanita itu selepas mereka memukul mangsa sehingga ibu tersebut mengalami kecederaan luka serta calar di muka.

ACP Anuar berkata mangsa kemudian mendapatkan rawatan di klinik berhampiran sebelum membuat aduan polis berhubung kejadian berkenaan.

Anak mangsa dan teman lelaki dipercayai bersembunyi bagi mengelak dikesan polis namun pihaknya berjaya menahan wanita itu semalam.

"Anak wanita itu kini direman selama tiga hari untuk siasatan lanjut dan usaha mengesan teman lelakinya berusia 20-an giat dijalankan," katanya.

Siasatan lanjut masih dijalankan.  

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan