Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita dipercayai mengalami kemurungan mati lemas

Mayat seorang wanita yang baru sebulan berkahwin ditemui terapung-apung di sebuah tasik kira-kira 15 jam selepas beliau dilaporkan hilang.

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita dipercayai mengalami kemurungan mati lemas

Wanita 24 tahun ditemui orang awam yang beriadah di tasik Taman Bandar Indera Mahkota. (Gambar: Google Maps)

Diterbitkan : 02 Feb 2019 07:45AM Dikemas Kini : 02 Feb 2019 07:49AM

KUANTAN: Mayat seorang wanita yang baru sebulan berkahwin ditemui terapung-apung di sebuah tasik kira-kira 15 jam selepas beliau dilaporkan hilang.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata mangsa Sharifah Abdullah, 24 tahun, ditemui orang awam yang beriadah di tasik Taman Bandar Indera Mahkota pada jam 7.20 pagi Jumaat (1 Feb).

"Mangsa didakwa keluar rumah pada jam 5.00 petang semalam (31 Jan) dengan menunggang motosikal dan tidak pulang menyebabkan suami serta keluarganya mencarinya di sekitar bandar Kuantan pada jam 11.00 malam.

"Suami mangsa mengatakan isterinya mengalami masalah kemurungan akibat kemalangan tiga tahun lalu, yang turut menyebabkan mangsa mengalami tekanan," kata ACP Mohamad Noor.

Beliau menambah, pihaknya dibantu tujuh anggota bomba untuk menarik mayat mangsa yang berada kira-kira dua meter dari tebing tasik.

Beliau berkata bedah siasat mengesahkan sebab kematian mangsa adalah disebabkan lemas.

Tiada kesan atau tanda unsur jenayah berlaku ke atas mangsa dan setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.  

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan