Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita dibunuh, dipercayai dilemaskan suami

Seorang wanita yang ditemukan mati di dalam bilik yang disewa mereka di sebuah rumah di Jalan Pokok Machang pada Isnin (15 Apr), disyaki dibunuh suaminya, kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Noorzainy Mohd Noor hari ini (16 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita dibunuh, dipercayai dilemaskan suami

Gambar fail kereta polis Malaysia. (Gambar: MANAN VATSYAYANA/AFP)

Diterbitkan : 16 Apr 2019 12:39PM Dikemas Kini : 16 Apr 2019 12:43PM

TASEK GELUGOR: Seorang wanita yang ditemukan mati di dalam bilik yang disewa mereka di sebuah rumah di Jalan Pokok Machang pada Isnin (15 Apr), disyaki dibunuh suaminya, kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Noorzainy Mohd Noor hari ini (16 Apr).

Beliau berkata, berdasarkan laporan bedah siasat pakar patologi Hospital Seberang Jaya (HSJ), wanita berusia 27 tahun itu maut selepas dilemaskan dengan sengaja menggunakan objek lembut seperti tuala atau bantal, sebelum mayatnya ditemukan kira-kira jam 9.20 pagi.

“Wanita itu dipercayai mati antara 24 jam dengan 36 jam sebelum dijumpai oleh pemilik rumah itu dalam keadaan terbaring di atas katil, diselimut hingga ke paras dada dengan mukanya bengkak, mulutnya berdarah dan ditutupi sehelai tuala kecil berwarna putih,” katanya di sini.

Sementara itu, suaminya yang berusia 31 tahun ditemui mati dalam keadaan tergantung dengan lehernya terjerut kain sari yang dililit pada kayu kekuda bilik yang sama dan bedah siasat ke atasnya akan dibuat di HSJ hari ini.

“Kes ini kini disiasat menurut Kanun Keseksaan sebagai pembunuhan dilakukan oleh si suami wanita itu namun motif kejadian masih dalam siasatan,” katanya tanpa mendedahkan identiti penuh kedua-dua si mati.

ACP Noorzainy berkata adik lelaki kepada suami wanita yang turut tinggal bersama mereka berkata beliau melihat kakak iparnya pada kali terakhir sebelum kejadian itu ialah kira-kira jam 9.30 malam Sabtu lepas, sementara abangnya pada jam 9.00 malam hari berikutnya.

"Pemilik rumah berkenaan turut memaklumkan pernah nampak pasangan suami isteri yang bekerja sebagai operator kilang dan kelindan lori itu bergaduh mulut tetapi tidak begitu serius sepanjang sebulan mereka menyewa di rumahnya," katanya.

ACP Noorzainy meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan