Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita diberkas setelah akui bunuh 3 anak perempuannya

Seorang ibu pada Sabtu (17 Okt) mengaku membunuh tiga anak perempuannya yang masih kecil di sebuah apartmen di Vienna, menurut polis Austria, tanpa memberikan motif tindakannya.

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita diberkas setelah akui bunuh 3 anak perempuannya

Gambar hiasan. (Gambar: Brendan Smialowski/AFP)

Diterbitkan : 17 Oct 2020 07:47PM Dikemas Kini : 17 Oct 2020 07:49PM

VIENNA: Seorang ibu pada Sabtu (17 Okt) mengaku membunuh tiga anak perempuannya yang masih kecil di sebuah apartmen di Vienna, menurut polis Austria, tanpa memberikan motif tindakannya.

Wanita berusia 31 tahun itu menghubungi khidmat kecemasan pada dinihari untuk memberitahu dia mahu membunuh diri. Apabila polis tiba di apartmen tersebut, mereka menjumpai mayat-mayat seorang bayi berusia lapan bulan dan budak perempuan berumur tiga tahun.

Anak perempuan wanita itu yang berusia sembilan tahun pula dikejarkan ke hospital namun tidak berjaya diselamatkan, menurut polis, sambil menambah bahawa ibu berkenan juga mengalami kecederaan ringan.

Berdasarkan laporan media tempatan, kesemua anak perempuan wanita itu dicekik.  

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan