Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita diberkas selepas campak bayi dari lantai dua

Seorang bayi lelaki berada dalam keadaan kritikal setelah dipercayai dicampak dari tingkat dua sebuah bangunan di Pusat Hentian Kajang semalam (25 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita diberkas selepas campak bayi dari lantai dua

Bayi tersebut dikejarkan ke Hospital kajang. (Gambar: Siska Septin NW/ Facebook)

Diterbitkan : 26 Jun 2018 07:45AM Dikemas Kini : 26 Jun 2018 07:47AM

KUALA LUMPUR: Seorang bayi lelaki berada dalam keadaan kritikal setelah dipercayai dicampak dari tingkat dua sebuah bangunan di Pusat Hentian Kajang semalam (25 Jun).

Dalam kejadian 5.00 petang itu, bayi lelaki berkenaan yang masih bertali pusat dan tidak berpakaian ditemui seorang pemilik restoran berhampiran tempat bayi tersebut dibuang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Supt Mohd Sabri Abdullah berkata menurut saksi berkenaan, perkara itu disedari apabila terdengar dentuman kuat di bahagian belakang restorannya.

"Hasil pemeriksaan saksi mendapati terdapat seorang bayi lelaki yang ditemui di atas jalan di belakang kedai bersebelahan perancah pembinaan,” katanya.

Sejurus itu, saksi membawa bayi berkenaan ke klinik berhampiran bagi mendapatkan rawatan awal sebelum dipindahkan ke Hospital Kajang.

Supt Mohd Sabri berkata bayi berkenaan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU).

Menurutnya lagi, polis menahan seorang wanita warga asing pada 11.30 malam pada hari yang sama di pekarangan Hospital Kajang.

"Penahanan wanita itu bagi membantu siasatan berhubung kejadian tersebut," katanya.

Supt Mohd Sabri selanjutnya berkata wanita itu kini direman tujuh hari sehingga Ahad depan (1 Jul). Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi berkenaan.

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan