Wanita dengan sejarah rawatan psikiatrik didakwa sebabkan kebakaran Paris
Seorang wanita yang mempunyai sejarah masalah psikiatrik didakwa menyebabkan kebakaran di sebuah apartmen di Paris yang meragut nyawa 10 orang, menurut para pendakwa Perancis.
PARIS: Seorang wanita yang mempunyai sejarah masalah psikiatrik didakwa menyebabkan kebakaran di sebuah apartmen di Paris yang meragut nyawa 10 orang, menurut para pendakwa Perancis.
Menurut pendakwa Paris, suspek itu yang ditahan di sebuah kemudahan psikiatri polis sejak diberkas, didakwa pada Jumaat atas kebakaran yang "menyebabkan kematian".
Kebakaran pada Selasa di tingkat atasan sebuah bangunan di kawasan mewah Paris itu adalah yang paling dahsyat pernah berlaku di ibu kota itu sejak 2005.
Seramai 30 orang dilaporkan cedera akibat kebakaran itu, yang memusnahkan sebahagian besar belakang bangunan tersebut.
Suspek berusia dalam linkungan 40an yang tinggal di bangunan itu dirawat beberapa kali di pusat psikiatri di Paris sejak 10 tahun lalu.
Enam hari sebelum kebakaran dahsyat itu, dia dibenarkan keluar dari klinik setelah seorang doktor mengesahkan dia sudah pulih setelah dirawat selama 12 hari, menurut pendakwa Encik Remy Heitz di satu sidang media awal minggu ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.