Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita bersenjatakan pisau serang 14 murid tadika di China

Seorang wanita yang bersenjatakan pisau menyerang dan mencederakan 14 kanak-kanak di sebuah tadika di wilayah Sichuan, China pada Jumaat (26 Okt), menurut pihak berkuasa tempatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita bersenjatakan pisau serang 14 murid tadika di China

Gambar-gambar dan video tular di media sosial meunjukkan serangan di sebuah tadika di China

Diterbitkan : 26 Oct 2018 10:55PM Dikemas Kini : 26 Oct 2018 10:58PM

BEIJING: Seorang wanita yang bersenjatakan pisau menyerang dan mencederakan 14 kanak-kanak di sebuah tadika di wilayah Sichuan, China pada Jumaat (26 Okt), menurut pihak berkuasa tempatan.

Penyerang berusia 39 tahun yang hanya dikenali sebagai Liu itu menggunakan sebilah pisau dapur untuk mengelar para pelajar yang sedang kembali ke bilik darjah selepas senaman pagi. Demikian menurut biro keselamatan awam daerah Banan di kota Chongqing, menerusi akaun rasmi media sosialnya.

Gambar-gambar dan rakaman video yang tular di media sosial menggambarkan suasana cemas kanak-kanak berlumuran darah berjalan keluar dari tadika tersebut dalam keadaan tidak keruan. Ada yang kelihatan cedera di bahagian muka.

Video-video lain menunjukkan ibu bapa yang berang memukul wanita tersebut, yang dikelilingi pegawai polis.

Para mangsa dikejarkan ke hospital sementara pengawal dan kakitangan sekolah menahan penyerang, menurut pihak polis yang turut menambah bahawa siasatan sedang dijalankan.

Polis tidak menjelaskan apa yang mungkin menjadi motif serangan pada sekitar 9.30 pagi waktu tempatan itu.

Sumber : Agensi berita/CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan