Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita berdepan hukuman penjara 20 tahun gara-gara jilat aiskrim pasar raya

Video yang merakamnya membuat perbuatan nakal itu menjadi tular di media sosial - ditonton 13 juta kali - dan dipercayai dirakam di sebuah cawangan Walmart di Lufkin, Texas.  

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita berdepan hukuman penjara 20 tahun gara-gara jilat aiskrim pasar raya

Petikan video wanita yang menjilat ais krim itu.

Diterbitkan : 08 Jul 2019 11:29PM Dikemas Kini : 08 Jul 2019 11:37PM

TEXAS: Gara-gara menjilat aiskrim dalam tab lalu meletakkannya kembali ke dalam peti ais pasar raya, seorang wanita mungkin akan meringkuk dalam penjara selama 20 tahun.

Video yang merakamnya membuat perbuatan nakal itu menjadi tular di media sosial - ditonton 13 juta kali - dan dipercayai dirakam di sebuah cawangan Walmart di Lufkin, Texas.

Menurut kenyataan polis: "Para penyiasat kami sedang berusaha mengesahkan identiti suspek wanita yang dilihat dalam video tersebut". Sky News melaporkan, suspek menjilat aiskrim Blue Bell "Tin Roof" pada 28 Jun, pada sekitar 11.00 malam (waktu tempatan).

"Sebaik sahaja identitinya dikenal pasti, pihak kami akan mendapatkan waran untuk memberkasnya atas tuduhan merosakkan jualan (pasar raya).

"Sedang siasatan dijalankan, para penyiasat juga sedang mencuba untuk mengenal pasti lelaki (berbaju hijau) yang dipercayai merakam video tersebut."

Menurut Sky News lagi, polis mengesahkan syarikat Blue Bell sudah "menarik balik semua aiskrim dalam tab "Tin Roof" dari Walmart.

Pengarah Keselamatan Awam Lufkin, Encik Gerald Williamson memberitahu Sky News: "Kami prihatin dan mengutamakan keselamatan pelanggan. Maka itu, kami menarik balik produk-produk yang terjejas."

Atas kesalahan tersebut, pesalah boleh dipenjara antara dua hingga 20 tahun dan didenda sehingga £8,000 (S$13,600).  

Sumber : Agensi berita/AQ/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan