Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wanita bangun dapati ular sawa di katil

Ular sawa itu yang dipercayai seekor haiwan simpanan yang terlepas, melingkar di sebelahnya ketika beliau sedang tidur di flatnya di Kensington, kawasan barat London, pada hari Isnin (23 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita bangun dapati ular sawa di katil

Gambar hiasan ular sawa. (Gambar hiasan: Joe Raedle/AFP)

Diterbitkan : 29 Jul 2018 10:08PM Dikemas Kini : 29 Jul 2018 10:12PM

LONDON: Seorang wanita mendapat "kejutan paling menakutkan dalam hidupnya" apabila beliau bangun dari tidur dan mendapati sedang berkongsi katilnya dengan seekor ular sepanjang 90 sentimeter.

Ular sawa itu yang dipercayai seekor haiwan simpanan yang terlepas, melingkar di sebelahnya ketika beliau sedang tidur di flatnya di Kensington, kawasan barat London, pada hari Isnin (23 Jul).

Wanita itu bergegas keluar dari biliknya dan menelefon Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan RSPCA tetapi ular tersebut menyelinap keluar sebelum mereka tiba.

Ular yang tidak berbahaya itu akhirnya ditangkap di dalam flat pada petang Selasa (24 Jul) oleh pegawai Jill Sanders.

RSPCA menyatakan ia tidak tahu bagaimana ular itu masuk ke dalam flat tetapi percaya ia adalah milik seseorang yang tinggal berdekatan.

"Reptilia, terutamanya ular, boleh meloloskan diri dengan sangat baik dan akan mengambil peluang sekiranya ada pembukaan kecil pada pintu atau penutup yang longgar," tambah Cik Sanders.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan