Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wang GST tidak hilang jika berjaya dijumpa, kata Dr Mahathir

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata wang RM19.4 bilion (S$6.41 bilion) hasil kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) hanya disahkan tidak hilang, jika ia berjaya ditemui semula.

Anggaran Waktu Membaca:
Wang GST tidak hilang jika berjaya dijumpa, kata Dr Mahathir

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad. (Gambar: Lai Seng Sin/Reuters)

Diterbitkan : 16 Jul 2019 08:13AM Dikemas Kini : 16 Jul 2019 08:15AM

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata wang RM19.4 bilion (S$6.41 bilion) hasil kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) hanya disahkan tidak hilang, jika ia berjaya ditemui semula.

Ditanya pemberita mengenai rumusan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Dr Noraini Ahmad bahawa wang kutipan GST itu tidak hilang, Dr Mahathir berkata: “Kalau dia kata tidak hilang kita hendak tengoklah duit itu ada di mana.

“Kalau kita dapat jumpa balik, duit itu tidak hilanglah. Kalau kita tidak jumpa balik dia (duit itu) hilanglah,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat majlis kepimpinan tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Yayasan Kepimpinan Perdana pada Isnin (15 Jul).

Dr Noraini dilaporkan berkata dana itu tidak hilang tetapi dipindahkan ke Akaun Hasil Disatukan dan digunakan untuk membiayai perbelanjaan mengurus dan pembangunan.

Laporan juga menyebut PAC mengesan berlaku pelanggaran prosedur pemindahan wang berjumlah RM19.4 bilion (S$6.41 bilion) itu apabila ia tidak dipindahkan ke Kumpulan Wang Pembayaran Balik GST seperti ditetapkan.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan