Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wang dari serbuan Pavilion Residences masih dikira

Pengiraan wang yang terdiri daripada pelbagai negara yang dirampas dari beberapa unit kondominium di Pavilion Residences Jumaat lalu (18 Mei) masih belum selesai, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, menurut laporan The Star.

Anggaran Waktu Membaca:
Wang dari serbuan Pavilion Residences masih dikira

Anggota polis Malaysia di luar rumah mantan Perdana Menteri Malaysia. (Gambar: MOHD RASFAN/AFP)

Diterbitkan : 23 May 2018 01:25PM Dikemas Kini : 23 May 2018 01:28PM

KUALA LUMPUR: Pengiraan wang yang terdiri daripada pelbagai negara yang dirampas dari beberapa unit kondominium di Pavilion Residences Jumaat lalu (18 Mei) masih belum selesai, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, menurut laporan The Star.

Memetik sumber, The Star melaporkan bahawa Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman (CCID) memulakan proses pengiraan pada awal 21 Mei.

Walaupun tidak pasti berapa banyak lagi wang tunai yang belum dikira, ia melaporkan bahawa anggota CCID masih mengira barangan yang dirampas dengan bantuan daripada agensi lain, termasuk Bank Negara.

"Ini melibatkan banyak mata wang berbeza, jadi prosesnya agak lama. Anggota polis juga mesti mencatatkan setiap wang kertas yang dirampas," menurut sumber itu.

Tan Sri Fuzi mengesahkan bahawa lebih ramai saksi akan dipanggil untuk memberikan keterangan jika keperluan itu timbul.

Jumaat lalu, polis merampas 72 beg wang tunai dan barangan kemas berserta 284 kotak yang memuatkan beg berjenama dari dua unit kondominium yang dikaitkan dengan mantan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dalam siasatan berhubung 1MDB.

Pavilion Residences adalah salah satu daripada enam premis yang diserbu oleh polis. Polis turut menyerbu kediaman Datuk Seri Najib di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur dan di Seri Perdana, Putrajaya.

Datuk Seri Najib dilaporkan membuat aduan polis yang mendakwa bahawa mereka yang dikaitkan secara langsung atau tidak langsung dengan dana 1MDB membuat ancaman dan ugutan terhadap diri dan anggota keluarganya.

"Kita telah dan akan sentiasa memastikan keselamatan semua, termasuk mantan perdana menteri, jika ada keperluan untuk meningkatkan keselamatan, maka kita akan berbuat demikian,” kata Tan Sri Fuzi. 

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan