Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wan Azizah dijadual bertemu keluarga Nora Anne

Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail dijadual mengadakan pertemuan dengan keluarga remaja Ireland Nora Anne Quoirin, yang ditemui mati pada Selasa lepas, pagi ini (16 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Wan Azizah dijadual bertemu keluarga Nora Anne

Gambar fail Timbalan Perdana Menteri Malaysia. (Gambar: Mohd Rasfan/AFP)

Diterbitkan : 16 Aug 2019 12:32PM Dikemas Kini : 16 Aug 2019 12:44PM

SEREMBAN: Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail dijadual mengadakan pertemuan dengan keluarga remaja Ireland Nora Anne Quoirin, yang ditemui mati pada Selasa lepas, pagi ini (16 Ogos).

Pertemuan itu dirancang diadakan di resort The Dusun, Pantai, resort penginapan keluarga berkenaan yang juga tempat Nora Anne,15 tahun, dilaporkan hilang pada 4 Ogos, sehari selepas keluarganya mendaftar masuk untuk percutian selama dua minggu.

Sebelum itu, Dr Wan Azizah dijadual mendengar taklimat daripada Ketua Polis Negeri Sembilan Encik Mohamad Mat Yusop di Balai Polis Pantai mengenai kes yang menimpa remaja anak istimewa itu.

Semalam, Encik Mohamad dalam sidang media mengesahkan Nora Anne meninggal dunia disebabkan kebocoran pada usus mungkin akibat kelaparan dan tekanan berpanjangan.

Encik Mohamad berkata hasil bedah siasat mendapati remaja malang itu mungkin meninggal dunia dua hingga tiga hari sebelum mayatnya dijumpai dan tiada tanda-tanda perbuatan jenayah selain remaja itu tidak dirogol.

Mayat Nora Anne ditemui di kawasan lurah berhampiran anak sungai, 2.5 kilometer dari resort penginapan tempat gadis itu dilaporkan hilang.

Sementara itu, tinjauan di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Ja'afar Seremban pagi ini, mayat Nora Anne masih belum dituntut oleh anggota keluarganya.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan