Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Waktu operasi tambak Johor-Singapura dilanjutkan ke 18 jam sehari mulai 29 Nov

Waktu operasi tambak Johor-Singapura dilanjutkan kepada 18 jam sehari - dari 7 pagi hingga 1 pagi - berkuat kuasa 29 November ini, umum Menteri Pengangkutan Malaysia Dr Wee Ka Siong.

Anggaran Waktu Membaca:
Waktu operasi tambak Johor-Singapura dilanjutkan ke 18 jam sehari mulai 29 Nov

Pemandangan Koswe dari Johor Bahru (Gambar fail: Wong Pei Ting/TODAY)

Diterbitkan : 26 Nov 2021 07:12PM Dikemas Kini : 26 Nov 2021 07:14PM

PUTRAJAYA: Waktu operasi tambak Johor-Singapura dilanjutkan kepada 18 jam sehari berkuat kuasa 29 November ini, umum Menteri Pengangkutan Malaysia Dr Wee Ka Siong.

Waktu operasi baru laluan itu bermula 7.00 pagi hingga 1.00 pagi.

Sejak April 2020, waktu operasi dipendekkan kepada 12 jam, mulai 7.00 pagi hingga 7.00 malam, berikutan penutupan sempadan Malaysia dengan Singapura akibat pandemik COVID-19.

Dr Wee berkata penguatkuasaan waktu operasi baru itu dipersetujui pihak Malaysia dan Singapura berikutan pelaksanaan Laluan Penumpang Sudah Divaksin (VTL) darat antara Malaysia dengan Singapura pada Isnin ini.

Dr Wee berkongsi berita gembira itu dengan Persatuan Pengusaha Lori Pan Malaysia, Persatuan Pengangkut Malaysia dan Persatuan Pengusaha Lori Bahan Batuan Malaysia dalam catatan di laman Facebook miliknya.

“Semoga dengan adanya inisiatif ini, ia dapat memudahkan pergerakan pengusaha lori, treler dan syarikat logistik, seterusnya memulihkan kegiatan ekonomi negara terutamanya sektor pengangkutan yang terkesan akibat pandemik COVID-19,” katanya.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan