Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wakil tentera Myanmar arah duta, kakitangan kedutaan tinggalkan bangunan di London

Duta dan kakitangan Kedutaan Myanmar di London diarahkan supaya meninggalkan bangunan kedutaan tersebut pada Rabu (7 Apr), lapor agensi berita Anadolu.

Anggaran Waktu Membaca:
Wakil tentera Myanmar arah duta, kakitangan kedutaan tinggalkan bangunan di London

(Gambar: AP Photo)

Diterbitkan : 08 Apr 2021 12:31PM Dikemas Kini : 08 Apr 2021 12:40PM

LONDON: Duta dan kakitangan Kedutaan Myanmar di London diarahkan supaya meninggalkan bangunan kedutaan tersebut pada Rabu (7 Apr), lapor agensi berita Anadolu.

Dutanya Kyaw Zwar Minn berkata, beliau dan petugas kedutaan diminta keluar dari bangunan kedutaan itu oleh seorang wakil tentera Myanmar di United Kingdom (UK).

"Mereka tidak membenarkan saya masuk ke kedutaan. Mereka kata mereka dapat arahan daripada pihak bandaraya itu, jadi mereka tidak akan membenarkan saya masuk.

"Ini rampasan kuasa. Sini adalah UK. Kami bukan berada di Myanmar. Mereka tidak boleh buat seperti ini. Kerajaan Britain tidak akan benarkan ini berlaku," katanya.

Seorang pengguna Twitter menulis: "Masyarakat Burma (Myanmar) di London ketika ini berkumpul di Kedutaan #Myanmar berikutan berita menyatakan kedutaan dirampas rejim."

Encik Zwar Minn menyuarakan bantahannya terhadap junta tentera dan menuntut pembebasan pemimpin Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) Aung San Suu Kyi dan pegawai kanan kerajaan yang lain.

Beliau juga bertemu dengan Setiausaha Luar UK Dominic Raab untuk menyatakan bantahannya terhadap kekejaman tentera di Myanmar.

Sekurang-kurangnya 581 orang di Myanmar terkorban sejak rampasan kuasa tentera pada 1 Februari lalu dan setakat sehingga 6 April, seramai 2,750 orang ditahan, 38 daripadanya dijatuhi hukuman. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan