Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wabak penyakit dikhuatiri meningkat ekoran taufan Idai

Wabak penyakit dikhuatiri memburukkan lagi keadaan penduduk yang teruk terjejas menyusuli taufan tropika yang membadai bahagian selatan Afrika 11 hari lalu, kata para pegawai pada Ahad (24 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Wabak penyakit dikhuatiri meningkat ekoran taufan Idai

(Gambar: Wikus De Wet/AFP)

Diterbitkan : 25 Mar 2019 02:51PM Dikemas Kini : 25 Mar 2019 03:01PM

BEIRA, MOZAMBIQUE: Wabak penyakit dikhuatiri memburukkan lagi keadaan penduduk yang teruk terjejas menyusuli taufan tropika yang membadai bahagian selatan Afrika 11 hari lalu, kata para pegawai pada Ahad (24 Mac).

Taufan Idai melanda kawasan pantai Mozambique, membawa bersamanya tiupan angin kencang dan hujan lebat yang membanjiri sebahagian besar negara itu sebelum ia membadai bahagian timur Zimbabwe, mengorbankan 705 orang di kedua-dua negara.

"Kes jangkitan taun dan malaria pastinya akan meningkat. Kita kini berdepan dengan jangkitan malaria di banyak kawasan," kata Menteri Tanah Celso Correia di satu taklimat di Beira, yang terletak 1,100 kilometer dari bahagian timur laut ibu kota Maputo.

Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Sebastian Rhodes Stampa memberi amaran bahawa wabak penyakit di kawasan-kawasan terpencil boleh "menimbulkan masalah besar".

Program Makanan Dunia menyatakan bahawa bencana kemanusiaan di Mozambique adalah serupa keadaan di Yaman dan Syria, yang bergelut dengan peperangan saudara.

Para pekerja bantuan dari merata dunia tiba di kawasan itu bagi memberi bantuan kepada lebih dua juta orang yang terjejas akibat bencana alam tersebut.

Sumber : AFP/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan