Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Virus Wuhan: 8 individu dikuarantin di hotel di JB

Lapan individu warganegara China yang tiba di Johor Bahru, Johor dari Singapura pada Khamis (23 Jan) kini diletakkan di sebuah hotel dengan pemantauan dan kawalan rapi Kementerian Kesihatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Virus Wuhan: 8 individu dikuarantin di hotel di JB

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 24 Jan 2020 06:02PM Dikemas Kini : 24 Jan 2020 06:07PM

IPOH: Lapan individu warganegara China yang tiba di Johor Bahru, Johor dari Singapura pada Khamis (23 Jan) kini diletakkan di sebuah hotel dengan pemantauan dan kawalan rapi Kementerian Kesihatan.

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata kesemua mereka merupakan rakan seperjalanan seorang lelaki warganegara China berusia 66 tahun dari Wuhan yang tiba di Singapura pada 20 Jan sebelum disahkan positif virus korona Wuhan.

Menurut Dr Lee, kesemua lapan individu terbabit perlu diasingkan sekurang-kurangnya satu minggu bagi mengenal pasti sekiranya mereka mempunyai simptom virus korona.

"Mereka bukan pesakit tetapi mereka dipantau untuk dikuarantin bagi melihat sama ada terdapat simptom atau tidak kerana mereka ada hubungan dengan pesakit yang positif virus korona. Tetapi buat masa ini, mereka tidak ada (simptom),” katanya kepada pemberita selepas meninjau ketibaaan penerbangan dari Singapura di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di sini, hari ini (24 Jan).

Dalam pada itu, Dr Lee berkata pihaknya akan mempertingkatkan penggunaan mesin pengimbas suhu badan bagi mengesan virus korona di semua kawasan lapangan terbang dan pintu masuk negara.

"Kita akan mempertingkatkan peralatan untuk buat saringan suhu badan di semua lapangan terbang dan pintu masuk," katanya.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan