Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Virus MERS-Cov: M'sia larang jemaah umrah/haji lawat ladang unta

Lembaga Tabung Haji (TH) melarang umat Islam negara itu yang mengerjakan haji dan umrah daripada melawat ladang unta berikutan kes jangkitan Sindrom Pernafasan Timur Tengah-Virus Korona (MERS-Cov) yang dilaporkan baru-baru ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Virus MERS-Cov: M'sia larang jemaah umrah/haji lawat ladang unta

(Gambar fail: BERNAMA).

Diterbitkan : 03 Jan 2018 11:45PM Dikemas Kini : 03 Jan 2018 11:48PM

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) melarang umat Islam negara itu yang mengerjakan haji dan umrah daripada melawat ladang unta berikutan kes jangkitan Sindrom Pernafasan Timur Tengah-Virus Korona (MERS-Cov) yang dilaporkan baru-baru ini.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Johan Abdullah berkata larangan lawatan ke ladang unta dikeluarkan sejak Julai 2015 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan larangan itu masih kekal kepada semua Jemaah Haji Malaysia, selagi virus tersebut masih tidak dapat dikawal sepenuhnya.

Beliau menambah, TH dan KKM sentiasa bekerjasama dalam mempertingkatkan kesedaran dan kefahaman berkaitan MERS-CoV kepada bakal jemaah haji serta langkah pencegahan semasa kursus haji diadakan di seluruh negara.

“TH juga memastikan tiada program ziarah ke ladang unta di Tanah Suci sejak larangan tersebut dikeluarkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini (3 Jan).

Datuk Seri Johan berkata TH juga menyeru supaya para jemaah haji dan umrah serta syarikat umrah persendirian untuk mematuhi larangan untuk tidak melawat ke ladang unta bagi mengelakkan mereka dijangkiti wabak MERS-Cov. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan