Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Virus korona baru ragut nyawa doktor China yang beri amaran pertama

Seorang doktor di China yang merupakan antara yang terawal memberi amaran secara terbuka mengenai penularan virus korona baru dan dituduh oleh pihak berkuasa China "menyebarkan khabar angin" - meninggal dunia akibat jangkitan itu pada Jumaat (7 Feb), menurut hospital tempat beliau bertugas.

Anggaran Waktu Membaca:
Virus korona baru ragut nyawa doktor China yang beri amaran pertama

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 07 Feb 2020 09:12AM Dikemas Kini : 07 Feb 2020 05:22PM

BEIJING: Seorang doktor di China yang merupakan antara yang terawal memberi amaran secara terbuka mengenai penularan virus korona baru dan dituduh oleh pihak berkuasa China "menyebarkan khabar angin" - meninggal dunia akibat jangkitan itu pada Jumaat (7 Feb), menurut hospital tempat beliau bertugas.

Dr Li Wenliang bertugas sebagai pakar oftalmologi di Wuhan apabila beliau memerhatikan beberapa pesakit mempunyai simptom serupa dengan wabak SARS pada 2002-2003.

Beliau yang berusia 34 tahun menghantar mesej kepada rakan sekerjanya pada 30 Dis namun, merupakan antara lapan pemberi maklumat yang dipanggil polis kerana "menyebarkan khabar angin."

Dr Li dijangkiti virus itu ketika merawat seorang pesakit dan dijulang sebagai wira oleh para pengguna Internet di China.

Hospital Pusat Wuhan di wilayah Hubei, tempat Dr Li bertugas, mengesahkan kematiannya dalam catatan ringkas platform media sosial China, Weibo.

"Pakar oftalmologi Li Wenliang daripada hospital kami, yang malangnya dijangkiti ketika memerangi penularan virus korona baru, meninggal dunia pada pukul 2.58 pagi pada 7 Feb 2020, meskipun kami berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkannya.

"Kami amat menyesalinya dan berduka."

Lebih daripda 600 terkorban dan 28,000 dijangkiti di China, sedang pihak berkuasa masih cuba membendung penularan wabak itu meskipun sudah mengarahkan jutaan penduduk supaya tidak meninggalkan rumah di semakin banyak bandar.

Setelah melihat beberapa pesakit dengan simptom serupa SARS, Dr Li menghantar mesej kepada rakan-rakan sekerjanya supaya memakai pelitup dan seragam perlindungan.

Namun, beliau dipanggil polis bersama lapan lagi orang empat hari kemudian kerana perbuatan "menyebarkan khabar angin", menurut catatan Weibo yang ditulisnya dari katil hospital setelah dijangkiti virus itu pada pertengahan Januari.

Dr Li mengatakan beliau diarahkan menandatangani surat yang menuduh beliau membuat "komen-komen palsu" dan "mengganggu ketenteraman masyarakat".

Mahkamah Agung China bagaimanapun, menyatakan minggu lalu bahawa para pemberi maklumat diperlakukan "secara tidak sewajarnya".

Para pengguna Internet di China semakin meluahkan perasaan marah terhadap para pegawai Hubei kerana membazirkan waktu berharga dengan respons yang lambat dan percubaan untuk menyelindungi wabak yang sudah pun menjadi satu krisis kesihatan global dengan kes-kes jangkitan disahkan di lebih 20 negara.

Sumber : AFP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan