Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Virus HFMD dikesan di pemegang troli pasar raya di Pulau Pinang

Punca utama penularan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Pulau Pinang dikenal pasti akibat bersentuh dengan pemegang troli pasar raya dan permainan kanak-kanak di pusat beli-belah.

Anggaran Waktu Membaca:
Virus HFMD dikesan di pemegang troli pasar raya di Pulau Pinang

Gambar fail troli (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 24 Jul 2018 08:09PM Dikemas Kini : 24 Jul 2018 08:14PM

PULAU PINANG: Punca utama penularan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Pulau Pinang dikenal pasti akibat bersentuh dengan pemegang troli pasar raya dan permainan kanak-kanak di pusat beli-belah.

Menurut laporan The Sun Daily pada Isnin (23 Jul), siasatan oleh para pegawai mendapati bahawa alat mainan dan kerusi-kerusi di pusat-pusat beli-belah juga adalah antara punca utama.

Dalam satu surat yang dikeluarkan pejabat kesihatan daerah barat daya, pihak berkuasa menasihatkan agar pusat beli-belah membersihkan barang-barangan demikian.

Kes baru HFMD merosot buat tiga hari berturut-turut sejak Khamis. Namun jumlah keseluruhan yang dicatat masih tinggi, menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pertanian dan Industri Asas Tani serta Pembangunan Luar Bandar negeri Dr Afif Bahardin.

"Walaupun bilangan kes baru merosot, bilangan keseluruhan masih tinggi, iaitu 2,341 kes sehingga 21 Julai. Ini berbanding 1,099 kes bagi jangka masa sama tahun lalu," kata beliau kepada para wartawan pada Isnin.

Dr Afif berkata 30 premis kekal tutup, manakala sembilan budak yang menghidap HFMD dimasukkan ke hospital.

Sementara itu, jabatan kesihatan negeri tidak merancang untuk menutup taman permainan awam dan pusat hiburan di pusat beli belah, tambah beliau.

Dr Afif turut memberi respons kepada dakwaan menular di media sosial berkenaan kematian akibat HFMD. Beliau berkata belum ada sebarang pengesahan sementara punca kematian ditentukan oleh jabatan kesihatan, menurut laporan the Star Online.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan