Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Vietnam terima mayat kesemua mangsa trak Britain

Mayat kesemua 39 warga Vietnam yang ditemui mati dalam sebuah trak berhampiran London bulan lalu sudahpun dibawa pulang ke Vietnam. Ia menjadi penutup kes tragik yang menyebabkan rasa dukacita dalam kalangan penduduk luar bandar di negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Vietnam terima mayat kesemua mangsa trak Britain

Penduduk kampung di Vietnam datang bersama untuk menyemadikan orang tersayang mereka. (Gambar: Nhac NGUYEN/AFP)

Diterbitkan : 30 Nov 2019 02:37PM Dikemas Kini : 30 Nov 2019 02:40PM

VIETNAM: Mayat kesemua 39 warga Vietnam yang ditemui mati dalam sebuah trak berhampiran London bulan lalu sudahpun dibawa pulang ke Vietnam. Ia menjadi penutup kes tragik yang menyebabkan rasa dukacita dalam kalangan penduduk luar bandar di negara itu.

Mayat 23 mangsa tiba di Lapangan Terbang Noi Bai di Hanoi pada awal Sabtu (30 Nov), kata seorang pegawai pemerintah. Upacara pembakaran tujuh daripada mayat itu dilakukan di Britain sebelum dihantar pulang, menurut Agensi Berita Vietnam.

Sebanyak 16 mayat pertama dihantar pulang pada Rabu (27 Nov) ke kampung asal di utara-tengah Vietnam di mana ia disambut oleh saudara-mara dan rakan-rakan sambil memegang bunga ros putih.

Penemuan mayat-mayat itu di dalam bahagian belakang sebuah trak sejuk setelah diseludup ke Britain menarik perhatian meluas tentang pemerdangan haram yang menghantar ramai penduduk Asia, Afrika dan Timur Tengah dalam satu perjalan berbahaya ke Barat.

Polis di Vietnam sudahpun memberkas 10 orang yang mempunyai kaitan dalam kematian itu. Pada Isnin (25 Nov), pemandu trak warga Britain mengaku merancang untuk membantu dalam proses imigesen yang menyalahi undang-undang dan memperolehi harta dengan cara jenayah.

Di Vietnam, masa depan pekerjaan yang kelam, bencana alam sekitar dan ganjaran kewangan yang dijanjikan menjadi faktor pendorong untuk ramai orang meninggalkan negara. 

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan