Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Vietnam patahkan perjudian online bernilai S$35 juta

Bagaimanapun, ramai yang melanggar undang-undang tersebut, terutamanya semasa pertandingan sukan peringkat tinggi apabila ramai penjudi akan mengunjungi tempat-tempat perjudian yang melanggar undang-undang bagi mencuba nasib.  

Anggaran Waktu Membaca:
Vietnam patahkan perjudian online bernilai S$35 juta

(Gambar: AFP/ Hoang Dinh Nam)

Diterbitkan : 23 Jun 2018 07:34PM Dikemas Kini : 23 Jun 2018 07:37PM

HANOI: Polis Vietnam patahkan sindiket perjudian bola sepak online bernilai sekitar S$35 juta, memberkas seramai empat orang. Ini sementara pihak berkuasa sedang cuba menghentikan pertaruhan pasaran gelap yang melonjak sempena acara sukan seperti Piala Dunia yang sedang berlangsung kini.

Aktiviti perjudian dianggap menyalahi undang-undang di Vietnam, kecuali loteri yang dikendalikan oleh pemerintah dan beberapa kasino yang hanya terbuka kepada warga asing.

Bagaimanapun, ramai yang melanggar undang-undang tersebut, terutamanya semasa pertandingan sukan peringkat tinggi apabila ramai penjudi akan mengunjungi tempat-tempat perjudian yang melanggar undang-undang bagi mencuba nasib.

Empat orang ditangkap di Ho Chi Minh City pada hari Jumaat (22 Jun), menurut satu laporan yang disiarkan pada hari yang sama di surat khabar rasmi polis Cong An Nhan Dan. Beberapa orang yang lain juga dipanggil untuk disoal siasat.

Para suspek dikatakan mengaku melakukan operasi pemindahan wang menerusi satu lelaman yang berpangkalan di Filipina.

Di bawah undang-undang jenayah Vietnam, sesiapa yang mengambil bahagian dalam perjudian atau menganjurkan aktiviti berjudi boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun.

Pemerintah Vietnam sudah beralih untuk mengurangkan sekatan, memperkenalkan program perintis pada 2017 yang akan membolehkan pertaruhan bagi beberapa perlawanan bola sepak antarabangsa yang terhad. Malah, ia akan menguatkuasakan satu undang-undang awal bulan ini yang membenarkan pertaruhan yang diluluskan negara.

Pihak berkuasa di seluruh rantau itu sedang meningkatkan tahap pengawalan perjudian sukan kerana Piala Dunia 2018 di Rusia akan meningkatkan jumlah pertaruhan online. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan