Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Vietnam longgarkan sekatan COVID-19 di Bandar Ho Chi Minh demi rancakkan perniagaan

Bandar Ho Chi Minh, iaitu hab perniagaan Vietnam akan menjalani pelonggaran sekatan COVID-19 mulai hari ini (30 Sep), menurut pihak berkuasa, sekali gus membenarkan lebih banyak perniagaan dan aktiviti sosial dijalankan.

Anggaran Waktu Membaca:
Vietnam longgarkan sekatan COVID-19 di Bandar Ho Chi Minh demi rancakkan perniagaan

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 30 Sep 2021 06:09PM Dikemas Kini : 30 Sep 2021 06:11PM

HANOI: Bandar Ho Chi Minh, iaitu hab perniagaan Vietnam akan menjalani pelonggaran sekatan COVID-19 mulai hari ini (30 Sep), menurut pihak berkuasa, sekali gus membenarkan lebih banyak perniagaan dan aktiviti sosial dijalankan.

Ini selepas empat bulan melaksanakan langkah-langkah yang bertujuan untuk mengawal kadar kematian yang meningkat.

Dasar-dasar yang dilaksanakan diharap dapat merancakkan ekonomi dan mengembalikan keadaan kepada biasa sedang penduduk bandar itu terus hidup dengan virus COVID-19, yang menjejas teruk negara tersebut dalam beberapa bulan kebelakangan ini. Jumlah keseluruhan kes kematian melonjak dari 36 pada pertengahan Mei ke lebih 19,098 pada Rabu (29 Sep).

"Semua pusat pemeriksaan di jalan-jalan raya akan ditutup dan permit perjalanan tidak lagi diperlukan selepas hari ini (30 Sep)," kata Encik Le Hoa Binh, timbalan pengerusi jawatankuasa rakyat bandar itu.

"Kami membuka secara beransur-ansur tetapi keselamatan penduduk kami diutamakan."

Bandar dengan sekitar sembilan juta orang itu paling teruk terjejas oleh krisis koronavirus, menyumbang kepada 80 peratus jumlah kematian di Vietnam dan separuh daripada hampir 780,000 kesnya.

Sebaliknya, Hanoi - iaitu ibu kota Vietnam - terkesan hanya sedikit sahaja.

Mulai 1 Oktober, taman perindustrian, projek binaan, pusat beli-belah, kedai gunting rambut, kemudahan pelayanan dan restoran di Bandar Ho Chi Minh dapat beroperasi semula, kata Encik Binh.

Sekatan pergerakan memaksa penutupan banyak kilang di kawasan perindustriannya, menimbulkan amaran daripada beberapa kumpulan perdagangan asing bahawa sekatan-sekatan yang berlarutan akan menyebabkan perniagaan-perniagaan beralih ke negera lain.

"Kami meramalkan kekurangan tenaga kerja di kilang pengeluaran dan binaan apabila bandar itu dibuka semula," tambah Encik Binh.

"Terdapat banyak peluang untuk para penganggur mencari kerja baru dan bermula dari awal."

Pihak berkuasa berusaha untuk mempercepatkan inokulasi, dengan mengutamakan pekerja dan orang yang berusia lebih 50 tahun. Sekitar satu pertiga penduduk bandar itu sudah divaksin sepenuhnya.

Sumber : Reuters/RB/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan