Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Vietnam lapor 12 lagi kes tempatan COVID-19 terkait penularan di Danang

Kementerian Kesihatan Vietnam pada Sabtu (1 Ogos) melaporkan 12 kes baru virus korona terkait penularan baru-baru ini di bandar Danang, menjadikan jumlah kes di negara itu sebanyak 116 sejak virus itu muncul semula pada minggu lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Vietnam lapor 12 lagi kes tempatan COVID-19 terkait penularan di Danang

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 01 Aug 2020 11:02AM Dikemas Kini : 01 Aug 2020 11:04AM

HANOI: Kementerian Kesihatan Vietnam pada Sabtu (1 Ogos) melaporkan 12 kes baru virus korona terkait penularan baru-baru ini di bandar Danang, menjadikan jumlah kes di negara itu sebanyak 116 sejak virus itu muncul semula pada minggu lalu.

Para pesakit baru itu, berusia antara dua dengan 78 tahun, terkait dengan hospital Danang, menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.

Vietnam mencatat secara keseluruhan 558 kes virus korona dan dua kematian pertama pada Jumaat (31 Jul) setelah berjaya membendung penularan itu selama berbulan-bulan.

Perdana Menteri Vietnam Nguyen Xuan Phuc berkata pada Rabu (29 Jul) gelombang jangkitan yang baru ini berbeza daripada gelombang kedua yang dihadapi oleh Vietnam pada Mac lalu, dan setiap wilayah dan bandar di negara itu berdepan risiko.

Pemerintah itu pada Selasa (28 Jul) menggantung semua penerbangan keluar masuk ke Danang untuk 15 hari.

Sekitar 18,000 pelancong yang telah ke Danang sudah pulang ke bandar Ho Chi Minh, menurut pihak berkuasa pada Selasa.

Perdana Menteri Phu berkata kesemua hab pelancongan di seluruh negara itu perlu meningkatkan tahap kewaspadaan dan Danang mesti menjalani "sekatan pergerakan yang ketat".

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan