Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Video viral warga Bangladesh undi dalam PRU14 tidak benar, jelas polis

Polis Selangor menjelaskan rakaman video yang menular di laman sosial memaparkan sekumpulan warga Bangladesh tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL untuk mengundi di negara ini bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) adalah tidak benar.

Anggaran Waktu Membaca:
Video viral warga Bangladesh undi dalam PRU14 tidak benar, jelas polis

Gambar: Dz Ketari/Facebook.

Diterbitkan : 03 May 2018 07:39PM Dikemas Kini : 03 May 2018 07:44PM

SHAH ALAM: Polis Selangor menjelaskan rakaman video yang menular di laman sosial memaparkan sekumpulan warga Bangladesh yang dilaporkan memakai topi sebuah parti politik berwarna biru dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL untuk mengundi di negara ini bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) adalah tidak benar.

Pegawai Perhubungan Media PRU14 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, ACP Nordin Manan berkata siasatan polis sebaliknya mendapati topi biru yang dipakai warga Bangladesh itu memaparkan logo agensi yang menguruskan kemasukan mereka ke negara ini.

"Siasatan mendapati mereka tidak memakai topi mana-mana parti politik dan polis juga tidak menerima apa-apa laporan polis berhubung kes viral ini sehingga kini," jelasnya di sidang media mengenai isu-isu semasa PRU14.

Beliau menasihati orang ramai agar tidak berkongsi maklumat yang tidak pasti kesahihannya, lebih-lebih lagi dalam musim kempen PRU14.

Sumber : Bernama/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan