Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Video tular tunjuk lelaki dibelasah mentua di tepi jalan

Rakaman video seorang lelaki yang membelasah seorang lelaki lain di tengah jalan yang dipercayai anak menantunya, menjadi bahan perbualan pengguna media sosial baru-baru ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Video tular tunjuk lelaki dibelasah mentua di tepi jalan

Petikan video tular insiden yang didakwa berlaku di Sarawak (Gambar: Facebook/PH How)

Diterbitkan : 27 Oct 2018 08:55PM Dikemas Kini : 27 Oct 2018 09:02PM

SARAWAK: Rakaman video seorang lelaki yang membelasah seorang lelaki lain di tengah jalan yang dipercayai anak menantunya, menjadi bahan perbualan pengguna media sosial baru-baru ini.

Menurut laporan Astro Awani, kejadian itu berlaku kerana si bapa marah anak menantunya itu memukul anak perempuannya.

Dalam rakaman video sepanjang 38 saat itu, si bapa mentua kelihatan sedang memukul menantunya menggunakan rotan dan menendangnya di tempat awam.

Astro Awani melaporkan kejadian itu berlaku di Kuching, Sarawak.

"Aku sudah banyak kali beri amaran kepada kau, aku membenarkan anak perempuan aku berkahwin tetapi kau memperlakukannya seperti ini!" Astro Awani menukil perbualan bapa itu.

"Kalau mak bapak kau tak ajar, biar aku yang ajar kau. Nak minta maaf dengan aku? Masa kau pukul anak aku ada kau minta maaf dengan dia? Kau ingat aku nak biarkan macam itu je?" tambahnya.

Kesudahan kes itu belum diketahui lagi, namun apa yang dapat dilihat menerusi rakaman itu, menantu tersebut hanya mendiamkan diri tanpa membalas perbuatan lelaki itu.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan