Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Video lucah: Setiausaha politik Anwar antara suspek terkini yang ditangkap

Penolong kepada presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim ditangkap berhubung penyebaran video seks yang didakwa membabitkan seorang menteri Kabinet.

Anggaran Waktu Membaca:
Video lucah: Setiausaha politik Anwar antara suspek terkini yang ditangkap

Presiden Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim. (Gambar fail: Bernama)

Diterbitkan : 17 Jul 2019 03:15PM Dikemas Kini : 17 Jul 2019 03:18PM

KUALA LUMPUR: Penolong kepada presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim ditangkap berhubung penyebaran video seks yang didakwa membabitkan seorang menteri Kabinet.

Menurut laporan media Malaysia, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang merupakan setiausaha politik Anwar dan ketua negeri Perak PKR ditahan bersama dua lagi individu pada Selasa (16 Jul).

Farhash yang berusia 37 tahun dikatakan ditangkap di sebuah rumah dekat Pasir Gudang, Johor.

"Kesemua suspek dibawa ke ibu pejabat daerah Seri Alam untuk diproses sebelum dibawa ke Kuala Lumpur," menurut laporan Malay Mail memetik sumber yang tidak dinamakan.

Penahanan itu dibuat setelah polis memberkas bekas anggota PKR Haziq Abdullah dan lima lagi suspek pada hujung minggu lalu di beberapa tempat merata Klang Valley.

Mereka akan ditahan reman sehingga 20 Julai. Beberapa di antara mereka dipercayai adalah anggota PKR.

Haziq, yang ditangkap pada 14 Jun, dibebaskan atas ikat jamin. Beliau mengakui terbabit sebagai salah seorang lelaki di dalam video berkenaan dan menyebut Menteri Ehwal Ekonomi Azmin Ali sebagai satu lagi pihak terlibat.
Azmin, yang juga anggota PKR, dengan tegas menafikan dakwaan itu.

Beliau menyifatkan perbuatan itu sebagai satu tindakan untuk mencemarkan nama baik dan memusnahkan kerjaya politiknya.  

Sumber : CNA/BERNAMA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan