Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Victoria, pusat wabak COVID-19 di Australia lapor 42 kes baru, 8 kematian

Victoria, pusat penularan virus korona di Australia, pada Rabu (16 Sep) melaporkan lapan kematian akibat COVID-19 dan 42 kes baru dalam tempoh 24 jam.

Anggaran Waktu Membaca:
Victoria, pusat wabak COVID-19 di Australia lapor 42 kes baru, 8 kematian

Penduduk Melbourne, Australia memakai pelitup ketika bersiar-siar pada 26 Ogos 2020 (Gambar: AFP/William West)

Diterbitkan : 16 Sep 2020 11:36AM Dikemas Kini : 16 Sep 2020 11:38AM

SYDNEY: Victoria, pusat penularan virus korona di Australia, pada Rabu (16 Sep) melaporkan lapan kematian akibat COVID-19 dan 42 kes baru dalam tempoh 24 jam.

Victoria, negeri dengan jumlah penduduk kedua paling ramai di Australia, sehari sebelum ini melaporkan sifar kematian akibat COVID-19 buat pertama kali dalam lebih dua bulan dan mencatat 42 kes.

Dengan jumlah jangkitan harian merosot kepada dua angka sejak beberapa hari lalu berbanding paras kemuncak 700 kes pada awal Ogos, pihak berkuasa negeri Victoria telah melonggarkan beberapa sekatan pergerakan yang dilaksanakan untuk membendung virus tersebut.

Ketua Menteri Daniel Andrews mengumumkan sekatan jarak sosial di daerah-daerah Victoria pada Selasa akan dilonggarkan pada lewat Rabu.

Perhimpunan sehingga 10 orang akan dibenarkan di tempat terbuka, para penghuni sesebuah isi rumah boleh mengunjungi sebuah rumah yang lain, dan kafe-kafe dapat menerima sehingga 50 orang di luarnya.

"Kami telah menurunkan jumlah kes ke paras sangat rendah di Victoria. Ia telah mengambil masa yang agak lama. Kami cekal dan sekarang kami boleh memulakan semula kegiatan," kata Encik Andrews kepada para wartawan di Melbourne.

"Saya fikir ia adalah sesuatu yang patut memberi keyakinan dan harapan bahawa perkara yang sama boleh dicapai hasil usaha sedaya upaya kami di seluruh bandar Melbourne."

Melbourne, bandar kedua terpadat di Australia, kini dalam tempoh sekatan ketat yang dilanjutkan hingga 28 Sep.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan