Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Victoria longgarkan sekatan pergerakan COVID-19 setelah jumlah kes baru reda

Sekatan pergerakan dek COVID-19 di wilayah Victoria, Australia akan dilonggarkan sedikit mulai tengah malam ini (13 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Victoria longgarkan sekatan pergerakan COVID-19 setelah jumlah kes baru reda

(Gambar fail: REUTERS/Sandra Sanders)

Diterbitkan : 13 Sep 2020 07:14PM Dikemas Kini : 13 Sep 2020 07:17PM

AUSTRALIA: Sekatan pergerakan dek COVID-19 di wilayah Victoria, Australia akan dilonggarkan sedikit mulai tengah malam ini (13 Sep).

Bagaimanapun bandar terbesarnya, Melbourne, terus dikenakan sekatan ketat.

Status darurat dan bencana yang diisytiharkan di Victoria juga dilanjutkan empat minggu lagi.

Di bawah kelonggaran itu, para penduduk boleh berada di luar rumah selama dua jam, berbanding satu jam sekarang.

Masa perintah berkurung sebelah malam pula dikurangkan sejam.

Ketua Menteri Victoria Daniel Andrews juga berkata restoran-restoran dan kafe akan dibuka semula seawal pertengahan minggu depan.

Kelonggaran itu dilakukan kerana jumlah kes baru COVID-19 di Victoria telah berkurangan dengan banyak.

Pada Ahad, 41 kes dan tujuh kematian baru dicatatkan.

Semasa kemuncak penularannya pada Ogos lalu, ada pertambahan 700 kes sehari.  

Sumber : Agensi berita/MU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan