Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Varian COVID-19 Delta kini dominan di merata dunia: WHO

Varian COVID-19 Delta yang pertama kali dikesan di India, kian menjadi varian dominan di peringkat global, kata ketua saintis Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat (18 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Varian COVID-19 Delta kini dominan di merata dunia: WHO

Pesanan peringatan COVID-19 di Britain pada 18 Jun 2021 (Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 19 Jun 2021 09:23AM Dikemas Kini : 19 Jun 2021 09:26AM

GENEVA: Varian COVID-19 Delta yang pertama kali dikesan di India, kian menjadi varian dominan di peringkat global, kata ketua saintis Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat (18 Jun).

Dr Soumya Swaminathan juga menyuarakan kekecewaannya atas kegagalan calon vaksin CureVac untuk memenuhi paiwai keberkesanan WHO, khususnya kerana dengan varian yang sangat mudah berjangkit meningkatkan keperluan untuk dos vaksin yang lebih berkesan.

Beberapa negara mencatat peningkatan mendadak kes COVID-19 kesan daripada varian Delta.

Britain melaporkan lonjakan jumlah jangkitan dengan varian Delta, sementara pegawai kanan kesihatan awam Jerman meramalkan ia akan menjadi varian dominan di negara itu walaupun kadar vaksinasi meningkat.

Syarikat pengeluar CureVac dari Jerman pada minggu ini melaporkan vaksinnya terbukti hanya 47% berkesan dalam mencegah varian-varian COVID-19, lebih rendah daripada paras piawai 50 peratus ditetapkan WHO.

Syarikat itu menyatakan pihaknya merakam sekurang-kurangnya 13 varian yang wujud dalam kajiannya.

Memandangkan vaksin mRNA serupa daripada Pfizer dan BioNTech serta Moderna mencatatkan kadar keberkesanan melebihi 90 peratus, Dr Swaminathan berkata masyarakat dunia meletakkan harapan lebih tinggi bagi calon vaksin dari CureVac.

Benua Afrika kekal menjadi kebimbangan utama WHO walaupun jangkitannya hanya membentuk sekitar lima peratus kadar jangkitan global dan dua peratus kematian.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan