Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Varian Beta dipercayai punca kes positif, kematian meningkat akibat COVID-19 di Kelantan

Peningkatan ketara kes positif dan kematian akibat COVID-19 di Kelantan tahun ini dipercayai berlaku akibat penularan varian Beta dalam masyarakat.

Anggaran Waktu Membaca:
Varian Beta dipercayai punca kes positif, kematian meningkat akibat COVID-19 di Kelantan

(Gambar fail: BERNAMA)

Diterbitkan : 16 Jun 2021 03:39PM Dikemas Kini : 16 Jun 2021 03:40PM

KOTA BHARU: Peningkatan ketara kes positif dan kematian akibat COVID-19 di Kelantan tahun ini dipercayai berlaku akibat penularan varian Beta dalam masyarakat.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan Dr Zaini Hussin berkata pihaknya dimaklumkan mengenai perkara itu hasil keputusan 23 ujian sampel daripada beberapa kluster yang telah dihantar untuk jujukan genom.

"Kita tidak hantar semua kes positif, kita ambil sampel daripada beberapa kluster di negeri ini. Kita rasakan bahawa kemungkinan majoriti kes di Kelantan adalah varian Beta.

"Melihat dari segi perebakan begitu cepat malah purata bilangan kematian juga meningkat empat hingga enam kes sehari, menjadikan 175 kematian tahun ini sahaja, berbanding hanya tujuh kes sepanjang tahun lepas, varian ini mungkin telah berada dalam komuniti di Kelantan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau Program Outreach Vaksinasi Kakitangan Penjara dan Keluarga Jajahan Kota Bharu di Penjara Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Penjara Kelantan Mat Yaacob dan Pengarah Penjara Pengkalan Chepa Wan Sani Ab Latiff.

Semalam, Kelantan mencatatkan 245 kes positif baru COVID-19, menjadikan 3,837 kes aktif.

Sementara itu, Dr Zaini berkata 12 peratus daripada 1.2 juta penduduk Kelantan yang layak menerima vaksin COVID-19 sudah menerima suntikan dos pertama dan kedua.

"Ketika ini kemampuan suntikan harian kira-kira 6,000 hingga 8,000 dos sehari, kita boleh tingkatkan kemampuan antara 14,000 dan 32,000 sehari apabila bekalan vaksin tiba, dijangka dalam jumlah yang banyak Julai ini," katanya.

Sumber : Bernama/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan