Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Van rempuh orang ramai di Jerman, dua maut

Dua orang terbunuh selepas sebuah van merempuh orang ramai yang sedang duduk di luar sebuah restoran.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 Apr 2018 07:33PM Dikemas Kini : 08 Apr 2018 09:57PM

MUENSTER, JERMAN: Dua orang terbunuh selepas sebuah van merempuh orang ramai yang sedang duduk di luar sebuah restoran.

Menyusuli siasatan yang dijalankan hari ini (8 Apr), polis forensik mengenal pasti kedua-dua mangsa adalah seorang wanita yang berusia 51 tahun dari daerah Lueneburg di Jerman dan seorang lelaki 65 tahun dari daerah Borken berdekatan Muenster.

Sementara itu, sekurang-kurangnya 20 orang mengalami kecederaan dengan enam daripada mereka cedera parah, menurut polis.

Pemandu van pula ditemui mati selepas menembak dirinya sendiri di tempat kejadian.

Pihak berkuasa mengesahkan bahawa tiada tanda-tanda ia serangan pengganas dengan Menteri Dalam Negara Herbert Reul berkata bahawa penyerang dipercayai adalah warga Jerman.

Agensi berita Frankfurter Allgemeine Zeitung melaporkan bahawa penyerang berkenaan dikenal pasti sebagai Jens.R, 48 tahun.

Sueddeutche Zeitung pula melaporkan bahawa lelaki tersebut mempunyai masalah psikologi tetapi Kementerian Dalam Negara di North Rhine-Westphalia enggan mengesahkan atau menafikan laporan berkenaan.  

Sumber : AFP/REUTERS/MM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan