Images
  • ebola vaccine
    (Gambar: Agensi berita)

Vaksinasi Ebola di Guinea ditangguh setelah pesawat bawa vaksin alami masalah pendaratan

MOSCOW: Kempen vaksinasi Ebola di Guinea ditangguh kerana pesawat yang membawa sejumlah dos vaksin tidak dapat mendarat, lapor Agensi Berita Sputnik, memetik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) cawangan Guinea.

"Pesawat yang mengangkut vaksin Ebola tidak dapat mendarat di Conakry (ibu kota Guinea) kerana kabus," kata pejabat Conakry WHO di Twitter pada Ahad (21 Feb). Pesawat itu diarahkan menukar haluan ke Senegal.

Vaksinasi Ebola dijadualkan bermula di Guinea pada Isnin (22 Feb) namun ditunda ke Selasa (23 Feb).

Menurut data terbaru WHO, lapan kes Ebola dilaporkan di Guinea, empat daripadanya disahkan. Satu kematian akibat wabak itu disahkan di negara ini, manakala empat kematian yang disyaki akibat Ebola sedang disiasat. 

Awal bulan ini, pihak berkuasa kesihatan di Guinea mengisytiharkan wabak Ebola di daerah Goueke terletak kira-kira 45 kilometer dari Nzerekore, bandar kedua terbesar di negara ini. Ia kes Ebola pertama dilaporkan di negara itu sejak 2006.

Berikutan itu, WHO memulakan usaha membantu Liberia, Sierra Leone dan Republik Demokratik Congo.

- BERNAMA/HA/ha

Top