Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Vaksin Sinovac COVID-19 adalah halal, tegas Majelis Ulama Indonesia

Ketua jabatan Dakwah dan Ukhuwah Majelis Ulama Indonesia (MUI) Kiyai Haji Muhammad Cholil Nafis mengesahkan status halal vaksin Sinovac, dan MUI akan bertanggungjawab atas keputusan tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Vaksin Sinovac COVID-19 adalah halal, tegas Majelis Ulama Indonesia

Seorang pegawai Indonesia periksa penghantaran vaksin Sinovac (Gambar fail: Reuters)

Diterbitkan : 30 Jan 2021 11:13PM Dikemas Kini : 30 Jan 2021 11:14PM

JAKARTA: Ketua jabatan Dakwah dan Ukhuwah Majelis Ulama Indonesia (MUI) Kiyai Haji Muhammad Cholil Nafis mengesahkan status halal vaksin Sinovac, dan MUI akan bertanggungjawab atas keputusan tersebut.

"Majlis ulama bertanggungjawab di hadapan Allah. Alangkah berdosanya jika kita main-main dengan fatwa," kata KH Cholil Nafis semasa satu webinar berjudul "Vaksin COVID-19 untuk Indonesia Bangkit" yang diadakan secara maya dari Jakarta pada Sabtu (30 Jan).

Beliau menekankan bahawa MUI tidak boleh dengan sewenang-wenangnya mengeluarkan fatwa mengenai status halal vaksin COVID-19, memastikan bahawa ia tidak mengandungi babi.

Sebelumnya, pasukan MUI sudah meneliti aspek pembuatan vaksin Sinovac, iaitu menggunakan sebahagian virus yang dilemahkan. Setelah melihat prosesnya dari awal hingga akhir, mereka membuat kesimpulan mengenai status halal vaksin itu.

"Kami menyatakan vaksin COVID-19 Sinovac itu suci, statusnya halal. Halal adalah sesuatu yang suci, kerana mustahil untuk mengatakan sesuatu sebagai halal jika tidak suci," katanya.

Dalam pada itu, Kiyai Cholil juga mengatakan bahawa kerjasama diperlukan untuk terus mengingatkan masyarakat untuk menjalankan protokol kesihatan, kerana pandemik COVID-19 masih berlangsung.

Beliau berkata, apa yang boleh dilakukan adalah terus mengingatkan orang ramai tanpa jemu akan pentingnya mengikuti protokol kesihatan, walaupun menurutnya kebanyakan orang sudah memahami hal ini. Selain itu, beliau mendorong para pemimpin agama untuk turut membantu menyebarkan vaksinasi.

"Oleh itu, mungkin juga perlu agar tema-tema keagamaan selalu menekankan tentang pentingnya vaksinasi selama satu bulan, tiga bulan hingga akhir tahun ini kepada orang ramai agar orang ramai juga sedar," kata KH Cholil.

Oleh itu, beliau mencadangkan latihan diadakan agar para pendakwah dan khatib memahami vaksinasi. MUI sendiri akan bekerjasama dengan Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) dan Satgas Penanganan COVID-19 mengenai latihan ini.

Sumber : Bernama/ANTARA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan