Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Utusan Melayu gulung tikar keputusan perniagaan semata-mata, kebajikan pekerja diabaikan

Tindakan pihak pengurusan Utusan Melayu Berhad memilih untuk Penggulungan Sukarela Pemiutang (Creditors’ Voluntary Liquidation) akhbar itu hanya untuk menyelamatkan jenama dan lesen surat khabar.

Anggaran Waktu Membaca:
Utusan Melayu gulung tikar keputusan perniagaan semata-mata, kebajikan pekerja diabaikan

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 13 Oct 2019 09:51AM Dikemas Kini : 13 Oct 2019 10:17AM

KUALA LUMPUR: Tindakan pihak pengurusan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad memilih untuk Penggulungan Sukarela Pemiutang (Creditors’ Voluntary Liquidation) akhbar itu hanya untuk menyelamatkan jenama dan lesen surat khabar.

Bekas ketua pengarang kumpulan Utusan Melayu Johan Jaafar turut mendakwa ia pertimbangan perniagaan semata-mata walaupun mengakibatkan lebih 800 petugas akbar itu hilang pekerjaan dalam sekelip mata.

“Jadi apa yang berlaku adalah syarikat gulung tikar. Syarikat telah melalui voluntary liquidation (penggulungan sukarela pemiutang). Maka sesiapa saja yang bekerja dengan Utusan Melayu dianggap sudah melepaskan jawatan. Semua aset di bawah syarikat itu akan dijual untuk membayar hutang.

“Dalam proses ini nampaknya yang diselamatkan adalah jenama dan lesen surat khabar tetapi kebajikan itu tidak diberi perhatian. Ini pertimbangan perniagaan semata-mata.

“Bagi pandangan saya mereka seharusnya memikirkan pilihan lain," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Bengkel Media dan Politik dalam Malaysia Baharu, di Parlimen.

Selain itu, Johan yang pernah mengemudi akbar itu pada 1990-an berkata beliau secara peribadi amat sedih dengan nasib yang menimpa akhbar tertua negara.

“Jadi tiada cara untuk mereka mengambil kesemua pekerjanya semula. Ini sesuatu yang sangat menyedihkan kerana syarikat akhbar berusia 80 tahun sudah terkubur dan kebajikan pekerja tidak difikirkan,” katanya.

Pada Rabu lalu, dalam satu memo dalaman yang diedarkan kepada kakitangan syarikat, pengerusi eksekutif Utusan Melayu Berhad Abd Aziz Sheikh Fadzir dilaporkan sebagai berkata Lembaga Pengarah Utusan pada 7 Okt 2019 meluluskan cadangan Penggulungan Sukarela Pemiutang sekali gus membuat keputusan menutup operasi syarikat itu.

Sumber : Bernama/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan