Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Utusan khas Amerika bagi perdamaian Afghanistan bertemu pegawai Taliban di Qatar

Utusan khas Amerika Syarikat bagi usaha perdamaian Afghanistan mengadakan pertemuan dengan para wakil Taliban di Qatar pada Jumaat (12 Okt) sedang pentadbiran Presiden Donald Trump berusaha untuk mencari huraian bagi menghentikan perang Afghanistan yang berlangsung selama 17 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Utusan khas Amerika bagi perdamaian Afghanistan bertemu pegawai Taliban di Qatar

Wakil Khas Amerika Syarikat bagi Perdamaian Afghanistan, Zalmay Khalilzad. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 13 Oct 2018 11:44AM Dikemas Kini : 13 Oct 2018 11:48AM

WASHINGTON: Utusan khas Amerika Syarikat bagi usaha perdamaian Afghanistan mengadakan pertemuan dengan para wakil Taliban di Qatar pada Jumaat (12 Okt) sedang pentadbiran Presiden Donald Trump berusaha untuk mencari huraian bagi menghentikan perang Afghanistan yang berlangsung selama 17 tahun, menurut laporan Wall Street Journal.

Wall Street Journal menukil sumber yang mengikuti perkembangan tersebut sebagai berkata Wakil Khas Amerika Syarikat bagi Perdamaian Afghanistan, Zalmay Khalilzad mengadakan pertemuan dengan para pegawai Taliban di Doha.

Ia merupakan pertemuan kedua yang diadakan dalam tempoh empat bulan sejak para pegawai Amerika mengadakan perbincangan empat mata dengan para wakil Taliban.

Menurut laporan Wall Street Journal, tidak jelas apa yang dibincangkan oleh kedua-dua pihak. Encik Khalilzad yang berusaha untuk membawa pihak Taliban ke meja rundingan, sedang dalam rangka lawatannya yang pertama sebagai wakil khas. Beliau akan melawat Afghanistan, Pakistan, Amiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar dan Arab Saudi dalam lawatan selama 11 hari itu.

Sementara itu, Jabatan Negara Amerika Syarikat enggan mengesahkan sama ada mesyuarat dengan para pegawai di Doha diadakan.

"Wakil Khas Khalilzad mengadakan beberapa mesyuarat dengan pelbagai pihak berkepentingan sebagai sebahagian daripada lawatannya untuk meninjau cara terbaik demi mencapai huraian bagi konflik di Afghanistan," kata seorang jurucakap. 

Sumber : Reuters/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan